Assalamualaikum...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. bersyukur sgt2 sebab tahun nie, aku dpt sama2 memakmurkan malam nisfu sya'ban dengan bacaan yassin..dan yg lebih istimewa, dapat membaca yassin dengan rumet serta housemate..syukurlah!
Tapi sebelum aku baca yassin,aku sempat coll mak aku, sebab aku nak tnya setiap doa selepas baca 3x yassin..nie utk pengetahuan korang:-
-yassin pertama:-korang doa semoga dimasukkan Iman dlm diri korang
- yassin kedua:- korang doa semoga sentiasa dimurahkan rezeki
-yassin ketiga:- korang doa semoga dipanjangkan umur
Dan bagi aku, aku xberdoa utk diri aku sahaja..tp aku berdua utk kedua ibubapa ku dan juga adik2 ku sayang..sebab mereka adalah penguat aku didunia..
Nie aku ada copy sedikit info utk korang pasal malam nisfu syaaban nie.. aku harap korang pom dpt sentiasa sama2 memakmurkan malam nisfu syaaban..
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
| “ | Rasulullah
Setelah Baginda
| ” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
![]() |
| Jum laa sama2 kita amalkan =) |
#sgt bersyukur masa waktu asar tadi, aku terleka dgn dunia Fb hingga terlewat mengerjakan asar.. Alhamdulillah, abg kembar sedarkan aku.. syukur.. terima kasih teman atas segalanya =)

