Assalamualaikum..
Hari nie aku terdetik nak buat entry pasal cinta plok..hehe..mybe terpengaruh dengan tweet Luqman an McPoh semalam..huahua..tapi cinta yang dyowg karang tuh, jauh menyimpang okeh ! Yang aku nak update nie puisi cinta dari sang suami utk sang isteri.. nie suami isteri yang halal lagi suci di sisi agama Islam okey.. bukannya orang2 couple tapi berlagak macam hubby and wife..buat lagak mesra bagai suami isteri di tempat umum.. ehhh, ada ker owg just couple tapi siap mengaku suami isteri ?? Lu pk laa sendiri..hahaha
Jum hayati puisi cinta dari sang suami kepada sang isteri ....
Puisi 'Kutulis Untukmu'
Kehidupan tidakkan mampu dijangka,
dari sekeping gambar,
ianya menyentuh jiwa,
dan aku tertanya-tanya.
Gelisah kerana tahu apa yang akan kulalu,
takut kerana arif akan apa yang bakal berlaku,
tetapi terasa erat sungguh ikatan langit,
agar aku bergerak terus kepadamu.
Pelbagai duga dan luka,
pahit dan duka,
entah telah menitis berapa gelen air mata,
tetapi perjalanan ini diteruskan juga,
terus-terusan mengayuh,
kadangkala merangkak,
dengan jelas kita bina cinta ini atas nama Dia,
mungkin tidak kelihatan sebahagia pacaran yang lain,
namun kita tahu ini jalan yang diredhaiNya,
kerana bagi kita itulah dia cinta,
ianya membawa diri kita ke syurga,
dan kita hakikatnya amat bahagia.
Dan hari itu tiba,
bila terpatri kukuh cinta kita,
saat cincin disarungkan dan tangan bergetar,
kulit kita bersentuhan dan aku berharap ini bukan mimpi yang
onar,
kala melihat sekeliling bergembira dan mereka mendoakan,
di dalam hati aku menangis walau pada wajah terukir
senyuman,
kalaulah manusia tahu apa rasa yang wujud di dalam jiwaku,
aku pasti semuanya akan menangis terharu,
masakan,
engkau bidadari dan aku hanya hamba di atas bumi,
tetapi engkau menerima diri ini, dengan cinta dan sudi.
Kutulis ini untukmu sebagai tanda cinta,
tidak mampu menceritakan semua,
namun aku ingin biarkan kehidupan kita berbicara,
pandanglah aku setiap saat,
dan engkau akan memerhatikannya,
cintaku padamu yang tinggi,
dibina cintaku kepadaNya Yang Maha Tinggi,
hingga engkau tidak akan sekali merasa menyesal nanti,
memilih hamba Allah ini sebagai suami.
Tengku Masyitah binti Tengku Paris,
aku mencintaimu,
hingga mahu membawamu ke syurga nanti.
Semoga ini semua dikira sebagai amal soleh oleh Ilahi.
~ Puisi Kutulis Untukmu ~
Hilal Asyraf
0726
150712
Johor,
Malaysia.
#Sweet kan puisi tu ?? Terpegun aku saat membaca puisi tu...acececece.. kan best kalau hubby aku pon nanti sweet cenggitu jugak !! hahaha.. InShaAllah, aku dan korang pon boleh dapat hubby cenggitu..dengan syarat, rajin2 lah berdoa..hehe..bye syg !!
No comments:
Post a Comment